RCE Iskandar-2017

rce_proj_title_2013
.
1. Project Title: 
Eco-Tourism Sungai Melayu
2. Thematic area/s addressed by the project
3. Project partner contact information : 
Organization: 
Iskandar Regional Development Authority
Role: 
Initiator
Name: 
Hamdi Mohd Yusof
Affiliation: 
Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
4. Project type
5. Project description
Provide a short description of the project including strategies, regional challenges, aims and specific project activities.: 

Projek Eko Pelancongan Kg Sungai Melayu merupakan salah satu projek di bawah Program Kawan Iskandar Malaysia (KIM). KIM merupakan sebuah program pembangunan sosial yang melibatkan masyarakat yang berada di kawasan Iskandar Malaysia.KIM memberi keutamaan kepada kegiatan setempat yang sedia ada dan berpotensi melalui kaedah koperasi masyarakat. Tujuan utama program ini dijalankan bagi mempertingkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan khususnya keluarga berpendapatan rendah. Program ini layak disertai oleh ahli-ahli yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Projek Eko Pelancongan Kg Sungai Melayu ini menumpukan kepada aktiviti–aktiviti peningkatan pendapatan berasaskan pelancongan alam semula jadi dan aktiviti air sesuai dengan cara hidup dan kemahiran sedia ada para peserta. Sasaran projek ini adalah nelayan tempatan berpendapatan rendah. Program ini bermula dengan Mini Lab Eko Pelancongan Kampung Sg. Melayu bersama agensi-agensi pelaksana. Peserta juga telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Pelancongan Negeri Melaka. Seterusnya peserta diberi peluang untuk menyertai kursus kemahiran Bahasa Inggeris, pengurusan kewangan dan khidmat pelanggan. Setelah semua selasai, peserta telah bersetuju untuk membuat pendaftaran koperasi penduduk Kg Sg Melayu dan membuat mesyuarat agong dan perlantikan lembaga pengarah koperasi. Koperasi telah ditubuhkan  untuk menjalankan program ini dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada Ketua Kampung Encik Pandah Ahmad dan penduduk setempat. Selepas pertubuhan koperasi, peserta telah melaksanakan program-program perintis eko pelacongan Kg Sg Melayu. Antara aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan termasuklah perkhidmatan bot susur sungai pemerhatian penghijrahan burung-burung (bird migration watching), pengalaman menangkap hasil laut secra tradisi, penjualan produk industri kecil dan sederhana, restoran makanan laut dan penjualan cenderahati. Program ini telah dijalankan seperti yang dirancang dan dipantau oleh ahli—ahli koperasi

Selain penglibatan penduduk, program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai agensi kerajaan antaranya pihak Kerajaan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Perikanan Johor, Jabatan Perairan dan Saliran, Jabatan Pelancongan Johor, Kolej Komuniti dan sebagainya. Dengan usaha koperasi, program ini berjaya mendapat bantuan pembinaan infrastruktur asas seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan kios-kiosk jualan; bantuan latihan kemahiran dan pembangunan modal insan antaranya peserta telah terlibat dalam program untuk mempelajari Bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan pelancong luar negara dan mempelajari tentang tentang spesis pokok bakau, burung, dan ekosistem daripada pelbagai agensi; serta bantuan pinjaman bayar balik modal pusingan menjalankan perniagaan.

Kampung Sungai Melayu ini telah dijadikan sebagai salah satu tarikan ekopelancongan di Johor yang masih lagi asli dan semakin mendapat tempat di hati pelancong. Antara pelancong-pelancong yang pernah datang ke sini adalah dari Australia, London, Jepun, China dan Rusia. 

6. Project status
On Going
Description: 
The village is expanding the business and attracting more tourists to visit and stay.
8. Tagging